Saturday, March 31, 2012

M.I.A (Missing in action)

hehe !! i'm back again !
yeah ! missing suddenly right ???
because the connection is killing me !!!!! ahhhhhhhhhhhhhhhhhh

ok ! i miss you guysz :))))))))))

#happy birthday to gi kwang (B2st)


                                                           Love my gi Kwang XD !!!

Tuesday, March 20, 2012

My card for #501days ... :)

Yeah !!
i just finished editing my card for #501days ..

I don't know it's beautiful, cool or not ..
but for me "YES" [because i'm the one who edit it,lol]
Here !!









Happy 501day ss501 !!

Thursday, March 15, 2012

Yuna-terukir di bintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukkmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi millikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
seribu tahun pun akan ku nantikan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku
terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu,,

Wordless Wednesday @1



On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog.
 Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says so much
that it doesn’t need any description. :D





Wednesday, March 14, 2012

Yay!!! whitepearl addicted with "KUACI"

Assalamualaikum,salam sejahtera,salam 1 malaysia dan selamat datang pembaca blog whitepearl!
Yuhuuuu !!! akibat kebosanan whitepearl jadi penggemar kuaci number 1 ...
apa tidaknya dah berbungkus-bungkus kuaci whitepearl habiskan ...
hehe ok-ok whitepearl bukan nak citer pasal addicted nya whitepearl dengan "KUACI" ni...
Whitepearl nak juga kongsi kebaikan si "KUACI

   





o ya! Kuaci yang whitepearl makan Kuaci bunga matahari ...macam gambar yang kat atas tu... :)) ahhh !! dah suka dengan kuaci ...
kalau korang nak tahu whitepearl sangat suka bunga matahari ni... :)) hihiee
ala whitepearl addicted dan suka sangat dengan lagu "Gavy nj" yang "sunflower" tuee... itulah pasal ....

OK!!! back to topic ....
Korang tahu ke kebaikan kuaci ni??

ok kalau tak tahu, meh sini whitepearl citer kan ... dengar okkk.... hehe

KEBAIKAN KUACI!!!! :))

# Kuaci bunga matahari merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Cukup sekadar 60 gram bunga matahari tanpa kulit untuk memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari. Para wanita biasanya sudah tahu beberapa khasiat vitamin E.

Nak tahu apa khasiatnya untuk wanita????

# well kuaci punya khasiat untuk wanita ialah :
1) bantu meregangkan kulit kita ler ...
2) buat kulit kita halus...
3) wahhh!!! boleh buat lit kelihatan muda dan cantik ... !!
*whitepearl pasti mesti lepas nie para wanita pasti beli kuaci banyak-banyak* hehe

Vitamin E ialah anti oksidan dan ia sangat penting kepada tubuh.
Ia meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan
sel dan membaiki struktur DNA yang rosak.

Banyak lagi khasiat Vitamin E ni ... antaranya :

# mengurangi komplikasi penyakit Diabetis.
# memerangi kadar kolestrol jahat (LDL) yang tinggi dalam darah .
# mengurangkan tekanan darah.
# mencegah anemia
# menjadikan rambut dan kulit sihat ....

@banyak lagi sebenarnya khasiat Vitamin E ... so jomlah makan kuaci dengan whitepearl hehe ...
Kebaikan kuaci banyak sebab ada vitamin E ... haaaa ... ada satu kebaikan yang kita perlu tahu lagi...
KUACI MEMBANTU KITA HILANGKAN BOSAN dan MEMBANTU SENAMAN MULUT (yelah kan asyik menguyah je .. kira senaman lah tue... )

#banyak lagi kebaikan kuaci yang mempunyai vitamin E nii...
tapi whitepearl penat dah menekan keyboard ...apa kata korang cari je kat google for more imformation ...!! ^^ :))


ADIOS!!!!


Tuesday, March 13, 2012

Thank you~

wow!!!!
look my blog suddenly change into beautiful site ...
haha ....
i love it !!!
wew! thanks for the editor ......

Thank you norey!!!
love it!!!!
*bow 90 degree* ::)


Cre : http://missnorey.blogspot.com/

Monday, March 12, 2012

YezzaaaAaa!!

Ouchakkk!!
hey there !!
how are you..... look fine jeww ,...hehe

Mian ! mian! sorry ! Sorry! maaf! maaf!
sebab whitepearl hlg tiba2 jeww....
bukan  apa baru-baru nie whitepearl ditimpa bermacam-macam masalah yang buat whitepearl tertekan...
well family problem katakan....
because of that problem whitepearl hampir nak gila jadinya..
* Migraine.... stresss....... awwwww!! sgt tertekan ...
tp alhamdulillah whitepearl berjaya hadapinya..
Family problem belum selesai lagi.. tapi whitepearl kenalah bersabar dan hadapi problem tu...
tak boleh cepat putus asa kan...

hemm lagipun baru-baru nie whitepearl sibuk ngan page whitepearl di fb .. yowww ini link dia...
 ( http://www.facebook.com/pages/Diriku-Si-penulis-mudaLoveFriendshipLife/378938875450188?ref=ts )\

hehe ..ada masa datanglh ke page fb whitepearl.... kalau sudi like lah page whitepearl ..hehe

hem pasal SPM .... Result mw dekat sudah keluar ..heheeh



ok in ADVANCE this is me the latest ..here u goooooo

hehe .. yahh that was me ...
not pretty, but grateful to have face like that....
bkn putih sangat tapi putih jgk ...
muka whitepearl tak sebersih itu ... ada binti-bintik hitam jugak bh....
credit: Photoscape... hehehe dah kena edit mmglh nmpk smart kan..
tapi mungkin whitepearl nie cute kot .. cause boyfriend cakap cute and bulat cam doraemon
(it's mean i'm chubby girl)
mestilah kan bf whitepearl cakap gitu ... eleh nak ambik hati katakan ...
tapi whitepearl bersyukur dengan diri whitepearl sekarang...
ow yah patung tue dari si dia yang dicintai .. hehehe



ow kkk ....that's all ...
thank u ...
ADOIOS~



Wednesday, March 7, 2012

Mama..


Pagi itu aku dan keluargaku merancang untuk beriadah bersama-sama. Bagiku ini merupakan cuti sekolah yang amat berharga, kerana Papa dan Mama turut mengambil cuti untuk meluangkan masa bersamaku. Kami akan menghabiskan cuti sekolah dengan pelbagai aktiviti. Aku bersyukur kehadrat illahi kerana dikurniakan ibu dan bapa yang amat bertanggungjawab dan menyayangiku. Terima kasih ya Allah luahku dalam hati.


Setelah setengah jam berjoging kami sekeluarga mengambil tempat di kawasan yang teduh dan lapang untuk berehat. Aku gembira melihat senyuman yang terukir indah di wajah papa dan mamaku. Bagiku kegembiraan mereka adalah kegembiraanku. Aku sangat menyayangi mereka dan tak ingin kehilangan mereka. Namun, sejak kecil mamaku sering pesan kepada ku bahawa, maut sentiasa menanti di hadapan oleh itu jika mama dan papaku pergi meninggalkan aku seorang mama dan papaku tidak mahu aku bersedih. Mereka memang menitikberatkan nilai-nilai agama, nilai murni dan sikap positif dalam diriku sejak ku kecil lagi.


Saat yang terluang itu merupakan masa untuk kami sekeluarga bergurau senda dan bergelak tawa. Dalam cuti sekolah seminggu ini papa bercadang, untuk membawa mama dan aku melancong ke Sabah. Memang dari dulu lagi aku teringin sangat ke Sabah terutama di Kundasang. Kawan-kawan yang pernah melancong ke sana memuji-muji keindahan dan keunikan yang ada di Sabah. Tak sabar rasanya menanti saat itu. “Lusa kita ke sana, ok? “ Tanya papa kepadaku.dengan senyuman yang lebar aku menjawab pertanyaan papaku, “OK papa”.


...................................................................................................................................................................


Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Hari ini kami akan bertolak ke Sabah. Penerbangan kami ialah pada pukul 8.00 pagi. Tak sabar rasanya untuk melihat Sabah dengan mataku ku sendiri, kerana aku amat tertarik dengan cerita kawan-kawanku yang pernah ke sana.


Setelah dua jam penerbangan akhirnya kami sampai ke “Sabah Negeri di bawah bayu”. Kami sekeluarga memulakan perjalanan kami ke Hotel Promenade untuk menginap sebelum meneruskan perjalanan ke kundasang . Oleh kerana cuti sekolah yang singkat aku dan keluargaku hanya ke kundasang iaitu tempat yang aku idam-idamkan untuk lawati. Sungguh indah pemandangan senja dari Hotel Promenade. Pemandangan senjanya sungguh menyamankan, “Allhamdulillah” ucapku sebagai tanda kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. Selesai sahaja kami menunaikan solat isyak, Mamaku mengarahkan aku bersiap-siap untuk makan malam. Mereka akan menungguku di bilik mereka.

 Aku, mama dan papa menuju ke sebuah restoran muslim yang terletak di luar Hotel untuk merasa hidangan lain dari yang lain.


Papaku sengaja membawa mama dan aku makan di luar agar kami dapat merasa makanan orang Sabah. “wah! Papa sedapnya nasi yang dibungkus dalam daun pisang ni”.  Ternyata makanan yang dihidangkan amat menyelerakan dan sungguh enak. Selesai sahaja menjamu selera kami sekeluarga bersiar-siar di kawasan Kota Kinabalu menggunakan kereta yang yang disewa oleh Papa.


Ternyata Bandar Kota Kinabalu memang cantik pada malam hari. Dengan kehadiran para peniaga dan juga pembeli memeriahkan lagi keserian Bandar Kota Kinabalu. Tanpa membuang masa aku terus sahaja menyerbu kedai cenderamata untuk membeli beberapa barangan sabah buat sahabat karibku Aishah. Aku memilih patung Orang utan dan beg hasil tangan orang yang menjual barangan tersebut. Aku membeli sepasang beg agar aku dan Aishah dapat memakainya bersama-sama. Selain dari barangan kraftangan terdapat juga kawasan yang menjual makanan.


Jam menunjukkan 10.30 malam, Papa mengajak kami pulang ke hotel. Mama mengarahkan aku untuk tidur awal, kerana esok kami akan menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu di Kundasang dan perjalanan tersebut akan mengambil masa yang agak lama. Kami akan memulakan perjalanan pada jam 7.00 pagi. Sukar untuk aku melelapkan mataku, aku teringat akan kawan karibku Aishah. Aku teringin membawanya melancong bersama ku, namun oleh kerana keadaan keluarganya yang sederhana dia terpaksa bekerja semasa cuti sekolah ini untuk menampung perbelanjaan keluargannya dan itu merupakan tugasnya sebagai anak sulung setelah pemergian ayahnya. Manakala, ibu Aishah tidak mampu lagi melakukan kerja-kerja yang berat akibat kesihatannya yang tidak berapa baik. Selepas membaca beberapa doa dan surah untuk memudahkan aku melelapkan mata, akhirnya aku terlelap.


................................................................................................................................................................


Aku dibangunkan oleh mamaku seawal jam 5.30 pagi untuk menunaikan solat subuh bersama-sama. Selesai saja solat subuh aku terus ke bilikku untuk bersiap-siap dan mengemas barang-barangku.


Jam menunjukkan 7.00 pagi, kami memulakan perjalanan kami ke Kundasang. Kundasang memang terkenal dengan cuaca yang dingin secara semula jadi, mempunyai pelbagai jenis sayur-sayuran yang ditanam di kundasang dan terkenal dengan keindahan pemandangan yang diserikan lagi dengan Gunung Kinbalu.


Sepanjang perjalanan mataku sungguh tekun melihat pemandangan yang amat berbeza dengan tempatku iaitu Kuala Lumpur. Setiap persinggahan pasti ada makanan yang ku beli kerana semuanya menarik perhatianku. “Amboi banyaknya makanan yang Wawa beli, nanti bila perut dah penuh tak terhabis semuanya tu, bazir pula. Ingat Wawa membazir itu amalan syaitan. Sudah-sudahlah tu membeli Wawa.” Pesan mama. “Jangan risaulah ma, takde yang akan terbazir ni. Wawa janji. InsyaAllah” . Mama dan Papa hanya tersenyum melihat diriku yang tekun memilih makanan. Bab-bab makan ni memang aku yang number 1.



 ……............………………………………………………………………………………………………………………….


Akhirnya kami sampai ke destinasi kami dengan selamatnya. “Papa! Mama! itu Gunung Kinabalu ek?”.     “Ya wawa, kenapa? .  “Cantiknya gunung tu mama, whoaaaaaahhhhh..”  Aku bersorak keriangan.



.................……………………………………………………………………………………………………………………


Kundasang memang indah seperti apa yang diperkatakan oleh kawan-kawanku. Walaupun ada sesetengah tempat yang sedang diperbaiki dan boleh menyebabkan keindahannya cacat di mata manusia namun saya tetap mengagumi ciptaan Allah S.W.T yang amat berharga ini. Walaupun matahari bersinar terang di atas sana namun aku masih lagi merasa kesegaran dan kedinginan kundasang. Aku mencapai baju sejuk ku yang dihadiahkan oleh mama dan papa sempena hari lahirku yang ke-16.


Papa dan mama mengajakku turun untuk bersiar-siar di kawasan gerai-gerai sayur dan gerai buah. Aku apa lagi Nampak saja buah depan mata terus naik gila jadinya. Sedar tak sedar tanganku penuh dengan buah rambutan dan pisang. Rambutan dan pisang memang buah kegemaranku. “wah! Wawa ni tak habis-habis dengan makanan” kata mamaku. “Tak banyak pun mama” jawabku. “Apa yang tak banyaknya, buah rambutan sekilo,langsat sekilo. Hah! Buah pisang lagi. Ish ish ish wawa nie memang permaisuri makanan.” Aku hanya tersenyum keriangan mendengar keluhan mama.


Selesai sahaja membeli buah-buahan, mama dan papa mengajakku ku pulang. Kami akan menginap di sebuah resort iaitu Kinabalu Pine Resort.

...............……………………………………………………………………………………………………………………..


“Papa! Mama! Cantiknya tempat nie. Gunung kinabalu pun Nampak terang sangat dari kawasan ni. Kalau hari-hari macam ni kan best! Hehe.” Papa dan mama hanya tersenyum mendengar bebelanku.


Tempat penginapan kami memang menyamankan dengan udaranya yang segar dan pemandangan yang indah.

................………………………………………………………………………………………………………………………


Selesai sahaja menunaikan solat isyak aku bergegas ke bilik penginapanku. Mama dan Papa pula sedang bersiap-siap untuk makan malam. Oleh kerana perutku masih kenyang aku bercadang untuk berehat seketika sebelum berjalan-jalan ke luar untuk menghirup udara malam yang segar.

 ............………………………………………………………………………………………………………………………..


Ternyata Kundasang memang sejuk pada malam hari berbanding petang tadi sehingga aku memakai 3 lapis baju berserta baju sejuk kegemaranku.  Aku berjalan-jalan di sekitar Resort untuk menengkan minda dan ingin menghilangkan penat. Aku terlihat satu pondok yang menarik perhatianku kerana hiasan lampunya begitu mempesonakan dan bunga-bungaan yang dihias rapi di kawasan sekelilingnya menambahkan lagi keserian pondok itu. Aku meneruskan langkahku kearah pondok itu.


Aku merasa amat tenang berada di pondok itu, walaupun bunyi kereta masih kedengaran tapi bunyi-bunyi kereta itu langsung tidak mengganggu ketenteramanku. Aku membuka diariku untuk mencatat hari-hariku berada di sini kerana ia merupakan kenangan yang berharga bagiku. Lagipun, selama ini aku hanya menghabiskan cuti sekolah di rumah ataupun di tempat sahabat karibku Aishah. Disebabkan, kesibukan mama dan papa aku terpaksa menghabiskan cuti sekolah seorang diri. Tapi aku faham, mama dan papa sibuk kerana aku dan walaupun mereka sibuk mereka tidak pernah mengabaikan tanggungjawab mereka untukku.


Aku tersedar dari lamunanku tentang cuti sekolahku sebelum ini apabila telefon bimbitku berkumandang dengan lagu “Don’t say goodbye by Davichi” , itu merupakan panggilan dari mama. Aku menjawab panggilan mamaku. Mama memesan agar pulang ke bilik untuk berehat.

        
Aku bergegas ke bilikku kerana malam semakin tua dan jam menunjukkan 11.15 malam.

 ...............………………………………………………………………………………………………………………………

 Seperti biasa aku dikejutkan oleh mamaku pada jam 5.30 pagi untuk menunaikan solat subuh bersama-sama. Setelah selesai menunaikan solat subuh aku ke bilikku untuk mengemas barang-barangku untuk ke lokasi yang seterusnya. Setelah selesai mengemas barang kami sekeluarga bersama-sama menuju ke Restoran untuk bersarapan.


Setelah selesai bersarapan kami meneruskan perjalanan kami. Papa membawa mama dan aku ke Mesilou iaitu kawasan yang dekat dengan gunung. Kata papa pemandangan di Mesilou amat indah kerana sebelum ini papa pernah ke sini untuk urusan kerja. Dalam perjalanan  ke Mesilou  mataku tidak lepas dari memandang pemandangan kundasang yang cukup indah untuk ditatapi. Terdapat banyak jenis sayur yang ditanam contohnya, sayur kobis, daun bawang dan macam-macam lagi.


Akhirnya kami sampai ke Mesilou. Memang betul kata papa pemandangannya memang cantik. “wah! Memang cantiklah papa, dahlah cantik sejuk lagi. Gunung kinabalu Nampak jelas sekali.”   Tanpa membuang masa kami sekeluarga mengambil gambar bersama-sama sebagai tanda kenangan.


Setelah puas mengambil gambar dan bersiar-siar dengan hati yang riang kami meneruskan perjalanan. Kami meneruskan perjalanan untuk ke Ranau sebagai destinasi terakhir kami. Di ranau kami akan ke “Poring Hot spring”. Tempat itu memang amat terkenal dengan air panas yang mampu menghilangkan rasa sakit badan dan menghilangkan penat. Oleh kerana badan mama yang sentiasa sakit kami sekeluarga bercadang untuk ke sana dan berharap sakit badan mama akan berkurang. Kami sekeluarga berhenti seketika di masjid Ranau untuk menunaikan solat zohor.


Selesai sahaja menunaikan solat zohor kami sekeluarga berehat seketika dan menjamu selera di restoran yang berdekatan dengan masjid. Makanan yang disediakan memang sedap dan harganya berpatutan.


Setelah selesai makan tengah hari, kami sekeluarga meneruskan perjalanan untuk ke poring hot spring.

 ...............………………………………………………………………………………………………………………………


Akhirnya kami tiba ke destinasi yang kami ingin tujui iaitu di Poring Hot Spring. Tempat ini memang terkenal kerana setibanya kami di sana kawasan tempat letak kereta sudah penuh. Papa tetap berusaha mencari tempat. Alhamdulillah, akhirnya papa menemukan tempat letak kereta walaupun kawasan tersebut jauh dari pintu gerbang poring hot spring.


Tanpa membuang masa kami sekeluarga bergegas memasuki kawasan poring hot spring. “Papa! Mama! Tempat ni macam best sangat! Jomlah cepat-cepat.”  “Amboi! Wawa ni. Tak sabar-sabar pula.” Ucap mamaku kepadaku sambil tersenyum melihat gelagatku.


Dalam perjalanan ke kolam-kolam air panas kami sekeluarga sempat mengambil gambar sebagai tanda kenangan. “Mama! Papa ! lihat buluh-buluh tu, cantik kan? “ soalku dengan senyuman yang lebar. “Memang cantik wawa.” Jawab mamaku. “kita mestilah jaga alam sekitar jika mahu ia sentiasa kelihatan cantik.” Nasihat papa kepadaku.


“Ok! Sampai pun kita” kata papa. Aku bersorak keriangan. Memang banyak pelancong yang datang ke sana mahupun dari luar atupun dalam Negara. Penduduk di kawasan itu turut mengunjungi tempat tersebut. Pelajar-pelajar turut membuat lawatan ke kolam air panas. Kerana kolam air panas tersebut bukan hanya terkenal dengan air panas semula jadi tapi terdapat pelbagai hidupan flora dan fauna yang ada di tempat tersebut. Disamping membuat lawatan, mereka turut menenangkan tekanan belajar dengan berendam di kolam air panas.


Aku dan mama menukar pakaian dengan pakaian yang lebih ringan untuk memudahkan kami berendam di dalam kolam air panas dan pakaian yang menutup aurat kerana kawasan kolam air panas merupakan kawasan yang terbuka.

 ............………………………………………………………………………………………………………………………..


“Mama! Best kan?”. “Memang seronok wawa. Hilang rasa penat mama ni.” Aku gembira melihat senyuman yang terukir di wajah mamaku. Selama ini mama kurang mendapat rehat oleh kerana sibuk dengan kerjaya dan sibuk dengan hal-hal rumah. Bagiku tak terbalas rasanya pengorbanan mama dan papaku walau apa jua perkara yang aku lakukan. Apa yang penting, aku harus membahagiakan mereka dalam apa jua perkara dan berjaya dalam pelajaranku.


Setelah setengah jam berendam, mama mengajakku untuk keluar dari kolam air panas. Kata mama jika berendam terlalu lama kulit akan jadi kering dan rosak. Aku bergegas ke bilik air untuk membersihkan badanku dan menukar pakaian.


Setelah selesai menukar pakaian aku dan mama bersiar-siar di kawasan tersebut. “Mama jom kita ke sana. Ada taman rama-rama lah.” “ ok! Jom. Mesti cantik taman tue kan. Rama-rama pun banyak.” Kata mama sambil tersenyum lebar. Jelas kelihatan kegembiraan di wajah mamaku. Aku tahu mesti rasa penat dan sakit badan mama sudah hilang.


Aku dan mama mengambil gambar bersama-sama di taman rama-rama. Itu merupakan gambar pertama aku dan mama untuk cuti pertama kami bersama-sama.


Setelah selesai menunaikan solat fardhu Asar, kami memulakan perjalanan untuk pulang ke Kota Kinabalu. Penerbangan kami untuk pulang ke kuala lumpur pada hari esok ialah jam 8.00 pagi.

 ............………………………………………………………………………………………………………………………….


“Wawa! Wawa!”, aku tersedar dari lamunanku tentang percutian kami sekeluarga yang amat bermakna buatku apabila aku terdengar namaku dipanggil. Rupanya itu adalah papaku. Papaku mengajak ku pulang apabila pengebumian mama selesai. Sungguh berat hatiku untuk meninggalkan kawasan tanah perkuburan. Namun aku redha dengan ketentuan illahi.


Selepas dua minggu dari percutian kami, mamaku jatuh sakit. Rupanya mamaku menghidap kanser Rahim. Selama ini mama sengaja merahsiahkan penyakitnya dengan kami kerana dia tidak mahu papa dan aku risau dengan keadaanya. Semasa mama mendapat tahu dia menghidap kanser Rahim, tahap kansernya sudah menghampiri tahap kritikal. Jika dibedah hanya terdapat 20% peluang untuk selamat. Oleh kerana itu mama redha akan ketentuan illahi.


Bagiku pemergiaan mama merupakan kehilangan yang amat besar buatku. Namun aku masih bersyukur kerana aku masih ada papa. Aku redha dengan pemergiaan mama, mungkin Allah S.W.T. lebih menyayangi mama berbanding kasih sayang aku dan papa. Percutian kami ke sabah merupakan percutian pertama dan terakhir bersama mama. Percutian itu merupakan kenangan yang paling berharga buatku.


Semoga mama ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi Allah. Al-Fatihah untuk mama. Mama, I LOVE YOU
        





>> this is my first story as a young writer<<
do come to my page and LIKE my page if u want...

http://www.facebook.com/pages/Diriku-Norlida/378938875450188
thank you so much!~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...