Friday, April 13, 2012

Aku sayangkan kamu❤

Dulu… waktu aku masih budak kegembiraan sering bertamu di dalam diri. Tidak pernah sekali pun kamu membuat aku kecewa. Tangisan yang keluar dari mataku hanyalah ketika aku merasa sakit akibat terluka hasil dari kenakalan ku sendiri. Hari demi hari aku membesar dengan penuh kegembiraan.

Aku masih ingat lagi, hari yang paling aku
suka ialah bila takbir raya bergema.Apa tidaknya,bila takbir bergema confirm aku jadi kaya.Sebabnya,aku akan dapat duit raya daripada semua orang memandangkan aku masih budak hingusan J. Saat itu jugalah semua keluargaku akan datang ke rumah dan kemeriahan akan menghiasi rumah tersebut. Abang-abang dan kakak-kakak aku pun turut bercuti untuk menyambut hari bahagia tersebut bersama-sama.

Hari demi hari berlalu, tahun demi tahun. Kini aku meningkat dewasa dan mula mengenali apa itu kehidupan. Kegembiraan dan kehidupan zaman kecilku amat berbeza dengan kehidupan dan kegembiraan yang aku rasai sekarang. Hari yang amat ku gemari kini tidak lagi aku sanjung. Kerana abang-abangku dan kakak-kakak ku semuanya mempunyai kehidupan masing-masing. Keluarga baru masing-masing. Detik masa yang berlalu mengubah segalanya.

Namun, kebahagiaan keluargaku tidak pernah hilang walaupun dilanda pelbagai musibah dan masalah segalanya dapat diselesaikan dengan bantuan yang maha Esa. Aku amat bersyukur dengan keluargaku dan aku mahu kamu tahu bahawa AKU SAYANG KAMU semua wahai keluargaku.  

Kedewasaan mengajarku apa itu kehidupan. Sedih, gembira, kecewa dan kejayaan pasti akan dirasai setiap insan. Kekuatan emosi amat diperlukan untuk membina kehidupan yang bahagia.

Kadang-kadang aku tertanya-tanya hidup mesti begini? Mengapa mesti ada perubahan yang akan berlaku? Namun kini aku pasrah dan redha dengan ketentuan illahi. Tapi itulah namanya kehidupan sedih, gembira, kecewa, terluka dan Berjaya mesti ada. Kerana itu semua merupakan ramuan kehidupan.







Nota:Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan terhadap yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. FICTION STORY.

Love.Friendship.Life
My Facebook Page(Click here)

Advance:
(My Raya with family ... )




Just some of our pict..
well the connection is killling me right now !!!
Urghhhh  !!



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...