Saturday, May 12, 2012

Cinta....Cinta....Cinta...



Kita semua pasti pernah mencintai, dan pernah dicintai dan juga mungkin sekarang mencintai seseorang dan dicintai seseorang.


Kita semua pernah mencintai dan pernah dicintai, ini kerana setiap manusia pasti akan punya perasaan ingin mencintai seseorang dan ingin dicintai. Itulah fitrah manusia yang diciptakan oleh yang maha Esa iaitu perasaan kasih sayang sesama insan.




Mungkin sekarang juga anda sedang mencintai seseorang dan dicintai. Hargailah dia. Walaupun kita masih belum pasti sama ada dia adalah untuk kita ataupun bukan anda mestilah hargai dia.





Ada dua jenis cinta iaitu;



1)      Cinta yang terluah.


-          Cinta yang terluah ini ada yang membahagiakan dan ada yang tidak. Ini kerana jika kita mencintai seseorang pasti kita akan meluahkan rasa cinta kepadanya jika kita mempunyai keyakinan dan keberanian. Luahan cinta itu pasti akan membahagiakan andai insan yang kita cintai itu juga rupa2nya mempunyai perasaan yang sama dengan kita. Tetapi jika insan yang kita cintai itu hatinya sudah dimiliki oleh orang lain  ia akan memberi kesan yang sakit di hati kita.  Akan tetapi, sakit hati itu tidak akan kekal lama kerana dunia masih luas dan pasti ada insan lain yang akan membalas cinta kita dan mungkin juga yang terbaik buat kita.





2)      Cinta yang di pendam dalam hati.


-          Cinta yang terpendam ini lebih menyakitkan hati kerana kita tidak mampu untuk meluahkan hasrat hati dan rasa cinta kita kepda insan yang kita cintai. Namun, hal ini janganlah dirisaukan sangat kerana andai kita tidak mampu meluahkan rasa cinta kepada si dia yang kita cinta pasti ada hikmah di sebaliknya. Mungkin si dia itu bukan untuk kita dan ada seseorang yang sedang menanti kita di masa akan datang yang mampu memberi kebahagian buat diri kita.



 
Walupun cinta kita luah ataupun kita pendam di hati ia tetap akan memberi hasil yang sama iaitu bahagia ataupun tidak.



Sebenarnya kita masih tidak mengerti dan tidak mengenali apa itu cinta, begitu juga dengan saya.



Nota: korang faham2lah apa yang whitepearl cuba sampaikan… hehe, apa yang terlintas di minda itulah yang saya taip. Langsung tidak ada idea sekarang, tapi masih berusaha untuk update blog ini J ,,ok, minggu pertama ke sekolah memang amat memenatkan tapi best ! hehe. Dan oleh kerana minggu yang memenatkan tersebut dan cuaca yang tidak menentu di tempat whitepearl iaitu KUNDASANG(kadang2 kuat angin, hujan, suddenly ada matahari+angin kuat) musim begini whitepearl memang akan jatuh sakit dan ini menyebabkan idea pun tidak tersusun. MaafJ

5 comments:

  1. Cinta, cinta :D entah. susah sa mau ungkit. sakit hati sa kalau cinta-cinta ni. malas. biar lah minat sekadar secret admire. haha :D

    ReplyDelete
  2. sarang...sarang...sarang... Haha... Tiba-tiba ingat lgu FT Island..

    ReplyDelete
  3. Norafifah : hehe sakit hati akan buat kita tabah dan sabar :D, kita membesar mesti ada rasa sakit hati.. yes! secret admire, minat diam2 pasti koe akan dapat yang terbaeeeek punya.. inshaAllah.. :)

    Mizz : yuhuuu i'm primadona a.k.a ft island lover :) hehe, saranghae :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...