Wednesday, May 9, 2012

Setiap orang pasti akan berubah.


Ya, setiap orang pasti akan berubah mengikut peredaran zaman. Tidak kira berubah kepada kebaikan ataupun berubah kepada keburukan.



Tidak kira siapa kita, pasti akan ada perubahan yang terjadi. Tidak kira berubah dari segi gaya ataupun sifat. Perubahan dalam diri seseorang kadang2 perlu dan kadang2 tak perlu langsung. Tapi perubahan itu mestilah sesuai dengan peredaran masa dan berubah kepada yang lebih baik.


Saya sedar, saya juga sudah berubah. Berubah dari semua aspek namun bukannya 100% berubah. Saya yang dulunya pemalu kini tidak lagi pemalu. Saya yang dulunya kurang aktif dalam aktiviti sekolah menjadi aktif. Kerana saya sedar saya kena keluar dari kepompong. Keluar dari kawasan yang sempit. Keluar dari dunia yang tidak mampu membina diri saya untuk berjaya.



Ya. Keberanian mestilah ada dalam mengejar dan mencapai cita2 . sifat malu mesti dikurangkan.

Namun, walaupun saya telah berubah namun rasa sayang saya terhadap persahabatan tetap tidak akan berubah. Baru2 nie hari persekolahan sudah pun bermula dan saya amat gembira kerana dapat berjumpa semula dengan kawan2 saya.


Tetapi, hati ini merasa sedikit terkilan kerana merasakan sesuatu perasaan yang amat berbeza sekali apabila bertemu dengan kawan2. Ketika saya bergurau senda dengan kawan-kawan, saya dapat merasakan rasa keakraban yang tidak lagi seperti dulu. Kegembiraan hanya buatan semata-mata. Mereka seperti tidak lagi seperti insan yang saya kenali dulu. Walaupun nama ikatan “SAHABAT” masih terpateri indah di hati kami namun kemesraan itu tidak seperti dahulu kala.


Namun, walaupun hati ini merasa terkilan dengan situasi itu. Saya tidak menyalahkan mereka sama sekali. Kerana saya tahu, setiap orang pasti akan berubah. Saya tetap sentiasa menganggap mereka sebagai SAHABAT saya yang terbaik yang pernah saya temui dan tidak akan pernah melupakan mereka. Sesungguhnya mereka adalah antara insan2 yang membina siapa saya pada hari ini.


AKU SAYANGKAN KAMU DAN TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA. AKU AKAN SENTIASA BERDOA AGAR PERSAHABATAN KITA AKAN BERKEKALAN HINGGA KE syurga-NYA.



Note: Bagi saya setahun ataupun 2 tahun ataupun 3 tahun masih tidak cukup untuk mengenali seseorang. Kerana, untuk mengenali seseorang kita memerlukan masa dan proses yang lama. Dan mungkin kita akan menggunakan seumur hidup kita untuk mengenali seseorang. Kerana setiap hari setiap insan pasti akan berubah. Begitu juga dengan saya.





Cerita menarik  yang anda terlepas pandang.
Hari yang teruk! (Click here)
Going back to school ! yeah yeah ! (Click here)

2 comments:

  1. sy pn berubah juge...makin tua sbb tu byk fe elll...ehehhe :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...